Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Kejadian Harimau Serang...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menafikan...

Jabatan Penjara Nafi Azilah...

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan dakwaan bahawa bekas anggota Unit Tindakan Khas...

SKMM Siasat 2 Individu...

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dua individu di Selangor serta Sabah...

732 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Selepas empat hari berturut Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi...

Tok Mat Ucap Tahniah Kepada Muhyiddin

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tugas berat menanti Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sambil mengucapkan tahniah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, walaupun tugas berat tetapi sangat penting untuk semua dalam mengembalikan Malaysia ke landasan kemajuan yang sangat diperlukan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

“Melalui pelantikan ini, bermulalah tugas berat tapi sangat penting untuk kita semua, dalam mengembalikan Malaysia ke landasan kemajuan yang sangat diperlukan.

“Sesungguhnya pelantikan beliau membawa fajar baharu kepada Malaysia dan rakyatnya,” katanya di sini, hari ini.

Petang tadi, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan.


Perkara itu diputuskan baginda selepas mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.

Kemelut politik negara tercetus apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad, bertindak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu. – BH Online

Kategori