Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

China Siapkan Masjid Ke-3...

DUNIA bakal menyaksikan satu lagi seni bina hebat apabila negara dari benua Afrika...

Aiman Zainali Calon PH...

SEMENYIH - Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Langat, Muhammad Aiman Zainali...

Premis Jagaan Kanak-Kanak Catat...

KUALA LUMPUR – Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki...

Belum Ada Keperluan Bekalkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menjelaskan belum ada keperluan untuk membekalkan antivenom ular...

Tuanku Zara Zahir Penghargaan Wira, Wirawati Negara

IPOH – Kesungguhan anggota barisan hadapan negara mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengenal erti lelah dan tidak mengira masa bukan sahaja mendapat penghargaan orang ramai malah mendapat perhatian daripada Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. 

Tuanku Zara menzahirkan penghargaan itu menerusi status yang dimuat naik dalam laman Instagram rasmi baginda. 

“Terima kasih kepada wira dan wirawati di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri,” tulis baginda. 

Menarik perhatian dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dan Raja Nazira Safya yang masing-masing memegang kertas menyatakan penghargaan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara. 

“Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis,” demikian ucapan penghargaan yang dipegang Raja Azlan Muzzaffar, manakala Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati antaranya tertera terima kasih, ‘Arigato’, ‘Merci’ dan ‘Grazie. 

Status di Instagram dengan tanda pagar #askar #pdrm #dudukrumah yang dimuat naik Tuanku Zara turut disertakan gambar Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Azlan Muzzaffar dan Raja Nazira Safya masing-masing dalam pakaian Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. 

Kategori