Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRS Yakin 11 Calonnya...

KUCHING - Parti Rakyat Sarawak (PRS) yakin dapat mencapai kemenangan dengan 'majoriti sangat...

Banjir: Mangsa Meningkat Kepada...

MELAKA - Mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Jasin dekat sini meningkat kepada...

Skim Perlindungan Sosial Pemandu...

KUALA LUMPUR - Skim perlindungan keselamatan sosial bagi menjaga kebajikan pemandu teksi di...

MP: Mansuh Khidmat Polis...

Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyarankan agar kerajaan memansuhkan khidmat polis pengiring...

Tumpu Pelaburan Domestik Kesan Berganda

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej rangsangan ekonomi bertujuan memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan, terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan mengekalkan pekerjaan.

“Untuk tujuan ini, kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan.

“Pada masa yang sama, projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej sebelum ini akan mula dilaksanakan pada bulan April 2020.

“Projek-projek ini termasuk 14 projek infrastruktur kawasan FELDA bernilai RM600 juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. – BH Online

Kategori