Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

DOJ Perlu Selesaikan Dokumen...

KUALA LUMPUR - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) perlu menyelesaikan segala urusan berkaitan...

Video: Kurang Ajar! Bangla...

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai warga asing menyentuh pinggul seorang wanita ketika berada dalam...

Parti Baharu Tidak Mampu...

MELAKA - Beberapa anggota Pergerakan Wanita UMNO dikesan mengganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

PRN: Aziz Calon Melayu...

KUCHING - Mungkin akibat marah dengan tindakan kerajaan Sarawak menyekat kemasukan ramai tokoh...

Tutup Sementara Ibu Pejabat, Bangunan Lama MCMC Cyberjaya

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat dan Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari ini dan esok.

MCMC dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula dari semalam hingga Ahad, 8 Mac.

Jelas kenyataan itu, tindakan penutupan dan penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan wabak COVID-19 dan ia mencerminkan keprihatinan MCMC terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membuat urusan permohonan dan pembayaran penguntukan radas melalui saluran-saluran seperti di bawah: 

  • a. Permohonan penguntukan radas:

i. Permohonan boleh dikemukakan secara elektronik melalui https://espectra.mcmc.gov.my/; atau

ii. Bagi pemohon baharu, salinan scan copy borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected]


Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan penguntukan radas atau permohonan lesen boleh dikemukakan kepada:

i. Penguntukan radas: : [email protected]

ii. Pelesenan: [email protected] 

Sementara itu, suruhanjaya itu juga menjelaskan, operasi MCMC yang lain berjalan seperti biasa dengan kakitangannya bekerja dari rumah.

Kategori