KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Program Subsidi Upah itu dikhususkan kepada pekerja dengan gaji bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus, sejak 1 Januari lalu.
“Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja.
“Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. – BH Online