Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pekin Ibrahim Terkejut Disangka...

TIADA angin, tiada ribut, di laman sosial Twitter sejak semalam kecoh khabar angin...

Polis Tumpas Sindiket Dadah...

ALOR SETAR - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM95,000 yang didalangi warga...

KPN Akan Suruh SB...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini memperlekehkan permintaan...

Mayat Wanita Ditemukan Di...

LABUAN - Mayat seorang wanita dipercayai dalam lingkungan usia 20 tahun, ditemukan di...

Wanita Kata ‘You All Are Idiots’ Kepada Polis Ditahan

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 30-an ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa yang sedang menjalankan sekatan jalan raya (SJR) Ops Covid-19 di Jalan Persiaran Surian, Damansara hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata wanita terbabit mungkin rasa tertekan apabila kenderaan Proton X70 yang dinaikinya terpaksa bersesak berikutan sekatan tersebut pada jam 9.30 pagi.

“Apabila dia sampai ke lokasi, dia menjerit ke arah petugas ‘you all are idiots’,” katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Damansara hari ini.

Wanita berkenaan ditahan mengikut Seksyen 7 Akta 342 dan dibawa ke Balai Polis Damansara.

Sementara itu, Nik Ezanee turut meminta maaf kerana SJR yang dilakukan menimbulkan kesulitan kepada ramai pihak, namun menjelaskan tugas dilaksanakan itu demi negara dan keselamatan rakyat.


Sebelum ini, wanita berkenaan yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dikatakan membunyikan hon berterusan selama 30 minit.

Sebaik tiba di pekarangan tempat tinggalnya di sebuah apartmen bersebelahan lokasi SJR itu, dia dikatakan mengeluarkan perkara kurang senonoh ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas. – Sinar Harian

Kategori