Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

30 Balai Bomba Baharu...

PUTRAJAYA - Sebanyak 30 balai bomba baharu mula operasi tahun depan bagi memantapkan...

Pelajar Kita Catat Sejarah...

Kuala Lumpur - Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Jordan, Puteri Sollehah...

PKR Tidak Kemuka Nama...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata...

Tahun Anjing Simbol Keberanian...

KUALA LUMPUR - "Anjing juga mengingatkan kita bahawa Malaysia benar-benar memerlukan pemimpin berintegriti...

12 Barang Dikawal Harga Maksimum PKP Bermula Esok

KUALA LUMPUR – Penguatkuasakan Skim Harga Maksimum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula esok hingga 28 April ini bagi memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal sepanjang peraturan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 12 barang itu ialah ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung.

Katanya, bagaimanapun perincian mekanisme Skim Harga Maksimum PKP akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pada masa sama, KPDNHEP akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

“Antara barangan dipantau termasuk barang makan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih, manakala barang segar seperti ayam, sayuran, telur, bawang dan susu segar.

“Barang kebersihan dan kesihatan pula seperti cecair pembasmi kuman dan pembersih tangan, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa,” katanya pada sidang media harian pelaksanaan PKP di Putrajaya dekat sini, hari ini.


Ismail Sabri menjelaskan penguatkuasa KPDNHEP membuat pemantauan harian di 1,133 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (844), pemborong (260) dan pengilang (29), semalam.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, bekalan makanan dan keperluan asas harian adalah mencukupi. Tiada sebab untuk membuat pembelian panik.

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat mengenai sikap sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya,” katanya. – BH Online

Kategori