Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

EPL: Fabregas Gembira Di...

LONDON - Pengurus bermulut lancang Chelsea, Jose Mourinho percaya bintang tengah yang baru...

Pencuri Larikan Baldi Berisi...

SEBUAH kamera litar tertutup (CCTV) di West 48th Street, Manhattan, New York berjaya...

Resepi Mangga Asam Boi...

Pasti anda terliur melihat gambar resepi kali ini gara-gara dapat membayangkan keenakan dan...

Laporan Tanah Runtuh Bukit...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji sama ada...

14,922 Individu Ditahan Ingkar PKP Fasa Satu, Dua

KUALA LUMPUR – Seramai 14,922 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua sejak 18 Mac lalu hingga 14 April.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu seramai 3,627 individu ditahan pada fasa pertama dan 11,295 individu ditahan pada fasa kedua.

“Seramai 5,830 individu sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara dan kini sedang menjalani hukuman.

“Selain itu, polis turut mengesan enam individu yang didapati melanggar arahan PKP secara berulang,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Huzir berkata, polis juga tidak lagi mengeluarkan kompuan terhadap individu yang ingkar arahan PKP pada fasa ketiga yang bermula hari ini.

“Bagi PKP fasa ketiga ini, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menangkap dan menuduh semua pesalah PKP ke mahkamah.


“Tidak ada lagi kompaun, kita akan buka kertas siasatan dan bawa ke mahkamah kerana kita dapati masih lagi yang ingkar dan melanggar arahan PKP, ini tidak sepatutnya dilakukan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, ramai individu yang ditahan tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi melakukan pergerakan mengikut radius yang ditetapkan.

“Arahan PKP sangat jelas, hanya mereka yang mempunyai kebenaran dan berada di dalam sektor keperluan serta mempunya kecemasan sahaja dibenarkan melakukan pergerakan.

“Tindakan tegas pada fasa ketiga ini akan diambil. Tujuan tindakan tegas diambil adalah bagi memutuskan rantaian Covid-19 secepat mungkin,” katanya. – myMetro Online

Kategori