Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kos Pembikinan Lagu Gerua,...

DILWALE sekarang sedang jadi fenomena dalam kalangan peminat filem terutama penggemar filem Hindustan. Kalau pergi...

Kedudukan Hutang Luar Negeri...

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.Pada akhir...

Negeri Sembilan, Sarawak Catat...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian...

Akses Internet Berkelajuan Tinggi...

JASIN - Penduduk di tiga kawasan di daerah Jasin iaitu Taman Merbau, Taman...

168 Pulih, 1 Kematian, 134 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 168 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan keluar wad adalah 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, jumlah itu sekali lagi menunjukkan bilangan kes yang dibenarkan keluar wad hari ini melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 134 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes.

“Selepas kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,464 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 66 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 36 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini.


Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 77 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Kes kematian ke-77 (kes ke-2,797) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

“Beliau adalah peserta perhimpunan di Seri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9.15 pagi hari ini.

“Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya. – myMetro Online

Kategori