Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

10 Permainan Paling Popular...

Apabila kita mengimbas kembali kenangan di zaman sekolah, pasti ada kenangan tersendiri bersama...

9 Individu Ditahan Dalam...

JOHOR BAHRU - Polis menahan sembilan individu disyaki terlibat dengan sindiket perjudian bola...

Anggota Pentadbiran Daripada BN...

KUALA LUMPUR - Seramai 20 anggota pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan...

FINA Gantung Wendy Lapan...

KUALA LUMPUR – Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan...

2 Kematian, 108 Discaj, 142 Positif Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Dua kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 45 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 142 dilaporkan hari ini, mencatatkan 2,908 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 102 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 66 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj tertinggi iaitu 108 orang.

“Ini menjadikan 645 pesakit atau 22.2 peratus telah sembuh dan discaj hospital setakat jam 12 tengah hari, hari ini,” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini:


1) Kes kematian ke-44 (kes ke-193)

• Wanita warga Malaysia berusia 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

2) Kes kematian ke-45 (kes ke-1053)

• Lelaki warga Malaysia berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

• Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-486).

Kategori