Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malindo Air Tawar Tambang...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menawarkan tambang rendah dengan promosi jualan mega istimewa...

NC Boleh Tutup Universiti...

KUCHING - "Naib Canselor diberikan autonomi untuk menutup universiti jika keadaan cuaca panas...

Gambar: Anak Perempuan Ketua...

Rambut panjang yang diwarnakan serta bergaya dengan seluar jeans, Shoko Tendo kelihatan seperti wanita...

Aliff Muat Naik Video...

KES kecurian dialami oleh jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri masih lagi...

315 Pesakit Covid-19 Di Malaysia Usia Bawah 14 Tahun

PUTRAJAYA – Kira-kira enam peratus atau 315 daripada 4,683 pesakit koronavirus (Covid-19) di Malaysia ialah golongan berusia di bawah 14 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 83 pesakit pula ialah kanak-kanak di bawah usia empat tahun dan jumlah sama direkodkan pesakit berusia lingkungan 5 hingga 9 tahun.

“Baki 149 lagi ialah pesakit berusia dari 10 hingga 14 tahun dan jika pesakit kanak-kanak mendapat jangkitan sekali dengan ibu atau ayah mereka, akan ditempatkan di dalam wad atau bilik yang sama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kalau kanak-kanak ini dijangkiti, sementara ibu bapa mereka tidak dijangkiti tetapi ibu bapa ingin menjaga anak mereka, kita benarkan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Beliau berkata ibu atau bapa yang ingin menjaga anak mereka yang positif Covid-19, digalakkan untuk memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Mengulas lanjut, beliau berkata, golongan usia 20 hingga 24 tahun paling ramai dijangkiti Covid-19, iaitu seramai 526 orang, diikuti mereka berusia 25 hingga 29 tahun (495) dan pesakit berumur 56 hingga 59 tahun sebanyak 453 kes.

Kategori