Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cool! Barber Ni Potong...

SEORANG tukang gunting rambut, Ansar Ahmad mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam meraih kunjungan...

Petronas Umum Penemuan Gas...

KUCHING : Balingian terus mendapat perkhabaran gembira apabila pencarian di telaga cari gali...

Bapa Michelle Yeoh Meninggal...

Bapa kepada aktres popular antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh iaitu Datuk Yeoh Kian Teik...

Najib Berbuka Puasa Bersama...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri...

50% Pesakit Di ICU Pulih Daripada Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 50 peratus pesakit koronavirus (Covid-19) di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kejayaan itu berdasarkan kaedah rawatan semasa dan latar belakang pesakit.

“Antara 40 hingga 50 peratus pesakit di ICU telah pulih dan selebihnya kembali ke wad biasa atau meninggal ketika rawatan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, peratusan pesakit yang sedang dirawat di ICU adalah 4.9 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sekitar 30 peratus individu yang ditempatkan di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan kematian direkodkan pada kadar 1.6 peratus,” katanya.

Setakat jam 12 tengah hari ini, sebanyak 4,228 kes positif direkodkan dan 72 dirawat di ICU termasuk 43 memerlukan bantuan pernafasan. – Sinar Harian

Kategori