Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Berlakon Mati...

SEBUAH rakaman video berdurasi 1 minit 46 saat disiarkan menerusi media sosial Facebook...

UPP Patahkan Cubaan Seludup...

KUALA PERLIS - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup 28,000...

DNA Jerung Mampu Bantu...

SEPASUKAN pakar perubatan yang membuat penyelidikan mengenai DNA ikan jerung menemui beberapa ciri...

Nasib Rohingya Bukan Lagi...

SYDNEY – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata situasi di...

524 Individu Ditahan Langgar PKP Semalam

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa 403,336 kenderaan di 737 sekatan jalan raya dengan 524 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM juga melakukan 25,614 pemeriksaan mengejut di mana 4,564 premis diperiksa oleh PDRM.

“Semalam, polis menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana melanggar PKP dengan 451 orang direman dan 73 dijamin.

“Ia juga menunjukkan penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin di mana seramai 562 orang ditahan dan seramai 483 individu juga sudah dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Ismail berkata, beliau harap trend penurunan ini berterusan dan pematuhan rakyat semakin meningkat.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama agensi berkaitan juga melaksanakan Ops Sanitasi Awam di seluruh negara.


“Sejak 27 Mac lalu sehingga semalam sebanyak 371 kawasan telah dinyah cemar,” katanya.

Sementara itu, mengulas berita mengenai pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan, beliau berkata, mesyuarat memutuskan supaya kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yang berada di Malaysia.

“Mereka perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kepada warganegara mereka.

“Bagi yang di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Pusat Pengurusan Krisis di bawah kawal selia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan akan bantu menyelaras apa yang mereka perlukan,” katanya. – myMetro Online

Kategori