Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pemberian Kerajaan Hargai Peranan...

SANDAKAN - Pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diumumkan Perdana Menteri merupakan...

Jangan Lindungi Penjenayah, Amaran...

IPOH - "Jangan sesiapa cuba lindungi dan jaga penjenayah," demikian amaran Menteri Besar...

Najib Fail Rayuan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan...

81 Individu Dari Itali Dikuarantin, Dibenar Pulang

NILAI – Seramai 81 individu terdiri daripada rakyat Malaysia dan tanggungan serta enam individu bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Itali pada 26 Mac lepas, hari ini dibenarkan pulang selepas menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, di sini.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 75 rakyat Malaysia serta enam rakyat Itali yang dibenarkan pulang jam 8 pagi tadi, diambil oleh ahli keluarga dan ada juga di antara mereka yang menaiki sebuah van dan kereta disediakan pihak pengurusan pusat kuarantin.

Daripada jumlah itu, 39 daripada mereka ialah lelaki dan 42 perempuan.

Turut dibenarkan pulang ialah lima kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 20 kru AirAsia dan masing-masing seorang pegawai daripada Kementerian Luar dan seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut wakil Nadma, seramai lapan individu yang pulang menaiki van dan kereta yang disediakan pihak pengurusan pusat kuarantin, dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 manakala selebihnya diambil ahli keluarga dengan dibekalkan surat kebenaran pergerakan.


Kesemua 81 individu itu dibawa pulang daripada Itali menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) menaiki pesawat khas AirAsia yang tiba di KLIA pada 10.06 pagi, 26 Mac lepas, susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara berkenaan.

Misi berkenaan adalah yang keempat selepas kejayaan membawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Wuhan, China pada 4 dan 26 Februari lepas akibat wabak itu, dengan masing-masing berjumlah 133 dan 66 orang diikuti misi HADR dari Tehran, Iran, yang membawa pulang 55 individu, pada 22 Mac lepas.

Ketika ini, masih terdapat 30 individu rakyat Malaysia di pusat kuarantin AKEPT terdiri daripada 15 individu yang tiba dari Indonesia, 14 individu tiba dari Sepanyol dan seorang tiba dari United Kingdom, yang akan menamatkan proses kuarantin mereka pada 17 April ini selepas di masukkan ke pusat itu pada 2 April.

Kategori