Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Semakan Permohonan Pengeluaran Khas...

PETALING JAYA – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat semakan status...

Wajah Dulu & Kini...

BERSIAP sedialah untuk berasa tua kerepot selepas membaca artikel ini....Sesiapa yang membesar sekitar...

Tunku Azizah Maimunah Berjiwa...

PEKAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal dimasyhurkan...

Banjir Kilat Di Bandar...

BANDAR BAHARU - Keadaan banjir kilat yang melanda Bandar Baharu sejak awal bulan...

Agong, Permaisuri Agong Ucap Selamat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan Selamat Menyambut Vishu, Tahun Baharu Tamil dan Vaisakhi kepada kalangan mereka yang menyambutnya.

“Selamat Menyambut Vishu dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Tamil. Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada rakan-rakan kami daripada kalangan masyarakat Malayalee dan Tamil. Kami doakan anda semua akan beroleh kemakmuran, keamanan dan kegembiraan pada tahun ini.

“Walaupun ketika ini masa yang sukar, kita semua akan berjaya mengharunginya sebagai sebuah negara. Tekadkan harapan dan semangat dan bersama-sama kita semua akan berjaya. Duduk di rumah dan kekal selamat,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran di akaun Instagram Istana Negara.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kepada kalangan mereka yang menyambut Vaisakhi, pasangan diraja itu bertitah: “Selamat Menyambut Vaisakhi kepada rakan-rakan Punjabi kami! Kami doakan anda semua dilimpahi kegembiraan, rahmat dan kemakmuran. Terus tabah, duduk di rumah dan kekal selamat tatkala kita mengharungi waktu yang mencabar ini.

“Kita mungkin berjauhan dengan orang tersayang kita ketika ini, tetapi kita tetap bersatu sebagai sebuah negara ketika kita memerangi pandemik ini. Keadaan akan bertambah baik dan kita akan kekal sebagai sebuah keluarga, sebuah negara, sebagai rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka berdua.


Tahun Baharu Tamil disambut pada hari pertama bagi tahun itu dalam kalendar Tamil, manakala masyarakat Malayalee meraikan pesta Vishu.

Vaisakhi, disambut semalam, adalah Tahun Baharu bagi masyarakat Punjabi dan Sikh serta juga pesta menuai musim bunga.

Kategori