Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Adam Levine Sponsor Kos...

PENYANYI Adam Levine menyatakan hasrat untuk menanggung segala perbelanjaan majlis pengebumian bekas anak...

24 Maut Akibat Banjir,...

NEW DELHI - Hujan lebat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang di...

Perlis Mahu Tarik Lebih...

ARAU - Kerajaan negeri Perlis kini sedang berusaha membawa lebih banyak pelabur di...

Hanya Warga Nepal Boleh...

KUALA LUMPUR - Hanya warga asing dari Nepal dibenarkan berkerja sebagai pengawal keselamatan...

Ahli Parlimen, Kenamaan Dapat BPN Kerana Data Taksiran

AHLI Parlimen dan orang kenamaan yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mendapat kelulusan secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu berkenaan pada 2018 melalui rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

LHDNM menerusi kenyataannya hari ini berkata, penerima diluluskan secara automatik berdasarkan kepada pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data rekod percukaian taksiran LHDNM pada tahun berkenaan.

“Permohonan baharu atau rayuan adalah untuk mereka yang belum mendaftar dengan BSH sebelum ini manakala pembayar cukai perlu mengemaskini data peribadi masing-masing dengan LHDNM.

“Kelulusan permohonan baharu adalah tertakluk kepada proses semakan dan verifikasi,” katanya.

Menurutnya, semakan awal LHDNM mendapati proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai di dalam julat pendapatan yang layak menerima BPN.

“Penentuan penerima BPN dibuat dengan memadankan kriteria pendapatan BPN dengan data percukaian terkini di LHDNM berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan mengikut beberapa kategori,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, LHDNM menerima baik Ahli Parlimen yang secara sukarela memulangkan bayaran BPN itu.

“Sekiranya mana-mana Ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur dengan mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad.

“Selain itu, lampirkan draf bank atau cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan) dan kemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya. – myMetro Online

Kategori