Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Syiah Jadi Mazhab Islam...

PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah...

PM Lancar Tiga Projek...

SEBERANG PERAI – Majlis pecah tanah untuk tiga projek berskala besar di Kepala...

KJ Sindir Momokan PH...

BONGKAR... Khairy Jamaluddin ketika bahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) menyifatkan...

‘Cybertrooper’ Pakatan Miliki Banyak...

KUALA LUMPUR - PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper' yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti...

Angka Terkini Kematian COVID-19 Global 204,696 Orang

PARIS – Seramai 204,696 orang meninggal dunia di seluruh dunia disebabkan COVID-19, sejak epidemik itu bermula di China pada Disember lalu.

Sehingga 7 petang semalam, kira-kira 2,929,630 kes dilaporkan di 193 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara yang mencatatkan korban paling tinggi iaitu seramai 54,175 kematian, diikuti Itali (26,644), Sepanyol (23,190), Perancis (22,856 dan United Kingdom (20,732) kematian.

Di Israel, semua pusat beli-belahnya kembali beroperasi, sementara Arab Saudi pula melonggarkan waktu perintah berkurungnya, iaitu daripada jam 9 pagi hingga 5 petang, di samping pusat beli-belah dan kedai runcit dibenarkan dibuka semula di semua wilayahnya hingga 13 Mei ini, kecuali penutupan sepenuhnya di Makkah.

Di Sepanyol pula yang diletakkan di bawah perintah berkurung ketat sejak pertengahan Mac lalu, kini membenarkan kanak-kanaknya keluar bermain selama satu jam sehari dengan ditemani seorang penjaga dalam kawasan tidak lebih satu kilometer dari rumahnya.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

China pula merampas lebih 89 juta topeng muka berkualiti rendah, selepas Beijing banyak menerima aduan alat pelindung tidak memenuhi standard banyak dieksport ke serata dunia.

Beberapa negara dan wilayah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam dengan yang paling terbaharu disertai Lagos, Nigeria.


Sementara itu, Australia melancarkan aplikasi telefon pintar yang mampu mengesan orang yang bersentuhan dengan pesakit COVID-19.

Aplikasi COVIDSafe, yang dilaporkan menimbulkan masalah privasi, menggunakan isyarat tanpa wayar Bluetooth daripada telefon untuk menyimpan maklumat mengenai interaksi orang dan mampu diakses pegawai kesihatan jika seseorang dijangkiti virus.

Beijing pula akan melarang perilaku ‘tidak beradab’ seperti tidak menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, sebagai sebahagian daripada peraturan baharu dalam meningkatkan amalan kebersihan awam.

Mereka yang melanggar kesalahan akan dikenakan denda bagi kesalahan tidak memakai topeng muka di tempat awam ketika kurang sihat dan warga emas perlu berpakaian kemas di tempat awam. – Agensi

Kategori