Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Utusan Terus Gah Sebagai...

TATKALA pihak pembangkang gigih sebar propaganda jahat hasut rakyat negara ini boikot Utusan Malaysia, tanpa...

Ubat Tidak Berdaftar Bernilai...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan merampas ubat-ubatan tidak diluluskan dan mengandungi racun berjadual...

Anggota Kagat Disaran Tambah...

PORT DICKSON - Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) disaran supaya menambah ilmu...

Pemandu Lori Didakwa Bunuh...

KLANG: Pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana membunuh isterinya di...

Angkasawan Negara Jadi Penghantar Makanan

KUALA LUMPUR – Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak kekok menjadi penghantar makanan kepada pelanggan yang memesan makanan di restoran miliknya.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, sejak restoran yang diusahakan bersama cef selebriti terkemuka, Datuk Ismail Ahmad itu dibuka minggu lalu, beliau memutuskan untuk menghantar makanan secara peribadi kepada pelanggan.

“Kami mula dibuka semula minggu lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya secara peribadi, mahu turut serta menghantar makanan.

“Memang best,” tulisnya di Instagram miliknya semalam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dalam posting berkenaan, beliau turut memuat naik gambarnya tersenyum di atas motosikal sambil membawa beg penghantaran makanan berwarna jingga.

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsi bahawa beliau adalah salah seorang pemilik restoran Rebung Cef Ismail bersama Cef Ismail.

Restoran Rebung merupakan restoran terkenal di Kuala Lumpur yang menyediakan masakan Melayu asli.


Mengimbau kembali detik pembukaan restoran itu, Dr Sheikh Muszaphar pernah pergi ke Pasar Borong Selayang pada jam 4 pagi untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama enam bulan pertama semasa kami memulakan perniagaan.

“Saya teringat mengirim lemang, rendang, dan dodol pada waktu pagi raya sejak dua tahun yang lalu,” katanya.

Sementara itu, para peminatnya turut berkongsi kegembiraan dan keenakannya hidangan di restoran tersebut.

Kata Suziana, “Minggu lalu rakan sekerja belanja makan lauk daging masak cili api. Pertama kali makan, memang sedap!” – Sinar Harian

Kategori