Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Kontrak 15 Tahun...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata...

Hafiz Suip Akui Warna...

AMACAM, lawa tak warna rambut baru Hafiz ni?Agak-agak ada ke peminat yang nak...

RM6.2 Bilion Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar ekonomi menolak keputusan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih...

Bekas Pegawai Khas Bekas...

PUTRAJAYA - Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar...

Awas Scammer Curi Duit Akaun 2 KWSP – Polis

KUALA LUMPUR – Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.

Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.


“Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).

“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya. – Sinar Harian

Kategori