Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Wanita Kejang, Pengsan Selepas...

MEXICO CITY - Mungkin kerana terlalu teruja atau terkejut dilamar kekasihnya, seorang wanita,...

Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden...

KUALA LUMPUR - Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin pada Ahad menang tanpa bertanding jawatan...

Budak 4 Tahun Maut...

MALANG menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun apabila dilaporkan maut selepas terjatuh...

Pelajar Tingkatan Satu Lemas...

TASEK GELUGOR -Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata...

Banyak Nikmat Kalau Berpuasa – Soo Wincci

PENYANYI, Dr Soo Wincci meneruskan amalan berpuasa di bulan Ramadan bagi tahun kesembilan.

Wincci yang turut menjadi pensyarah sambilan berkata, dia turut mengajak pelajarnya yang bukan beragama Islam untuk mencuba berpuasa dan menjadikan ia disiplin.

“Diakui sejak mula berpuasa sembilan tahun lalu, saya mendapat banyak nikmat dari banyak segi. Ia membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus pada perkara penting.

“Saya juga berkongsi mengenai amalan ini kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya berpuasa. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua dan bukan buat orang Islam saja.

“Paling menggembirakan, kali ini saya dapat berpuasa di Malaysia dan bukannya di Sepanyol. Maklumlah waktu puasa di sana panjang selain makanannya juga tidak sama seperti di sini,” katanya.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Dalam pada itu, Wincci yang kini berpengkalan di Barcelona turut bersyukur dirinya terkandas di sini memandangkan situasi di Sepanyol paling membimbangkan.


Bekas ratu cantik Miss World Malaysia itu bagaimanapun tetap meneruskan kerjanya sebagai pensyarah dengan mengadakan kelas dalam talian.

“Sepatutnya saya kena balik ke sana semula pada bulan lalu disebabkan banyak kerja perlu diselesaikan. Bagaimanapun, saya terpaksa lupakan hajat disebabkan kes Covid-19 sangat teruk di negara itu.

“Oleh itu, saya putuskan untuk mengajar pelajar saya menerusi kelas dalam talian saja. Saya rancang untuk kembali ke Sepanyol sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada hujung Mei nanti,” katanya. – myMetro Online

Kategori