Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 800 Stesen Shell...

KUALA LUMPUR - Lebih 800 stesen minyak Shell Malaysia di seluruh negara kembali...

Pemilihan PKR Paling Panas...

PEMILIHAN pemimpin PKR bermula bulan depan bakal menjadi pemilihan paling panas dalam sejarah...

Polis Tahan Guru Sekolah...

PARIT - Seorang guru sekolah menengah ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam...

Alibaba Beri Latihan E-Dagang...

KUALA LUMPUR - Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalankan program latihan e-dagang...

Bekalan Barangan Basah, Keperluan Asas Mencukupi

PUTRAJAYA – Barangan basah dan keperluan asas lain dijamin mencukupi untuk menampung permintaan rakyat seluruh negara secara berterusan termasuk sepanjang tempoh Ramadan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berharap supaya orang ramai merancang dan tidak bersesak-sesak ketika membuat persiapan Ramadan di mana-mana premis, selain terus mematuhi arahan termasuk jarakan sosial.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi sambut Ramadan kerana ia mencukupi,” katanya dalam sidang media harian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata sehingga kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantaun harian terhadap 25 jenis bekalan di 1,133 premis perniagaan termasuk peruncit (833), pemborong (268) dan pengilang (32). 

Langkah proaktif itu katanya bertujuan memastikan agar rakyat negara ini tidak bimbang atau berebut mendapat bekalan barangan diperlukan sepanjang tempoh PKP.

Mengulangi jaminan bekalan keperluan mencukupi, Ismail Sabri berkata pemantauan berterusan pihak KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) mendapati keperluan barangan basah serta keperluan asas lain mampu menampung keperluan rakyat secara berterusan.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memaklumkan bahawa pengagihan bantuan makanan hasil sumbangan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) sedang dalam proses penyelarasan.

“Kita sedang mengambil tindakan (tentang perkara ini). Kita akan selaraskan sumbangan untuk disampaikan kepada penduduk,” katanya.

Beliau mengulas mengenai perkembangan proses pengagihan bantuan makanan kepada penduduk di Taman Sri Murni di Selayang selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Isnin lepas.

Terdapat dakwaan bahawa rata-rata penduduk berada dalam keadaan stres dan bimbang kerana bekalan barangan harian terutama makanan semakin berkurangan.

Kategori