Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Fon Kepala Canggih Bersihkan...

WASHINGTON - Sebuah syarikat berpangkalan di Seattle telah mencipta headphone istimewa yang boleh...

Lelaki Thai Hampir Tergilis...

SEJAK semalam, tular beberapa keping gambar seorang bayi merangkak ke tengah jalan di...

VIDEO: Nenek VS Kuda,...

SUDAH menjadi adat sekiranya ada sambutan hari jadi atau ulang tahun kelahiran, upacara...

Anekdot Pelajar: Guru Memang...

BILL Gates, Pengasas Microsoft, pernah berkata, "Teknologi hanya alat. Dalam hal membuat siswa...

Biar Ini Ramadan Yang Terbaik

BERDEPAN dengan kegelisahan wabak yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, beruntung bagi orang Islam kerana Allah menghadirkan Ramadan sebagai penenang dalam menghadapi musibah ini.

Mudah-mudahan kita mendoakan Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita dan dapat kita optimumkan ruang dan peluang untuk memperbanyakkan amal dalam kekangan perintah kawalan pergerakan ini.

Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah.

Bahkan amal ini sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana pada bulan yang mulia ini Allah Taala menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Ramadan adalah waktu yang baik untuk bersedekah. Daripada Ibnu ‘Abbas RA bermaksud: “Nabi SAW adalah orang yang paling gemar melakukan kebaikan.”

Sifat dermawan yang baginda lakukan bertambah banyak lagi di bulan Ramadan.

Bahkan ulama hadis menggambarkan sifat suka bersedekah Nabi ini seperti angin yang berhembus.

Dalam kitab Lataif Al Maarif, guru-guru daripada Abu Bakr bin Maryam rahimahumullah pernah mengatakan, “Jika tiba bulan Ramadan, bersemangatlah untuk bersedekah. Kerana bersedekah di bulan tersebut lebih berlipat ganda pahalanya seperti seseorang yang bersedekah di jalan Allah (fi sabilillah).”

Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Aku sangat senang ketika melihat ada yang bertambah semangat menghulurkan tangan untuk membantu orang lain di bulan Ramadan kerana meneladani Rasulullah, juga kerana manusia ketika puasa sangat memerlukan bantuan apabila mereka telah disibukkan dengan puasa dan solat sehingga sukar untuk mencari nafkah bagi memenuhi keperluan mereka.”

MERAIH KEBERKATAN DENGAN BERSEDEKAH

Sebahagian ulama menyebutkan bahawa meraih barakah melalui pengeluaran harta dalam kebaikan terbahagi kepada tiga kategori:

Pertama: Pengeluaran untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan orang yang wajib dinafkahi dengan bersikap sederhana, tidak bersifat kedekut atau boros.

Nafkah seperti ini lebih afdal daripada sedekah biasa dan bentuk pengeluaran harta yang lain. Kerana Nabi bersabda, “Sungguh tidaklah engkau menginfakkan nafkah (harta) dengan tujuan mengharapkan (melihat) wajah Allah (pada hari kiamat nanti) kecuali kamu akan mendapatkan ganjaran pahala (yang besar), termasuklah dalam makanan yang kamu berikan kepada isterimu.” (Hadis Riwayat Bukhari).


Kedua: Penunaian zakat dan hak Allah.

Terdapat ulama yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menunaikan zakat, maka telah terlepas daripadanya sifat bakhil dan menyucikan jiwa.

Allah berfirman, “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka.

“Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah, ayat 103)

Ketiga: Sedekah tathowwu’ (sunah) seperti memberi sedekah untuk menyambung hubungan dengan kerabat yang jauh dan teman yang dekat, termasuk memberi makan kepada mereka yang kelaparan.

Daripada Abdullah bin Umar menceritakan bahawa Nabi bersabda: “Seseorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim yang lain, dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya maka Allah akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Al Bukhari)

Di musim mengikut perintah kerajaan untuk duduk di rumah ini, marilah kita berdoa supaya musibah yang sedang melanda negara kita dapat berakhir dengan baik dan Ramadan yang mendatang ini memberikan kita kekuatan untuk bersedekah dengan sebanyak-banyaknya.

Pandanglah ahli keluarga, jiran di kiri dan kanan agar jika ada yang susah dapat kita bantu, jika ada yang kekurangan makanan dapat kita sumbang dan kongsikan apa yang kita miliki supaya kita berjaya meraih keberkatan daripada bulan yang mulia ini.

Semoga kita mendapat keampunan Allah seperti yang disebutkan dalam hadis Nabi, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah serta mengharapkan keredhaan-Nya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.” (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim).

Ruslan Said,

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

Kategori