Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tumpas Di Tangan Pelanggan,...

RAKAMAN kamera liter tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat seorang lelaki cuba melakukan rompakan...

Telur Dadar Gergasi Dimasak...

BRUSSELS - Ketika seluruh Eropah dilanda kebimbangan isu telur ayam beracun di pasaran,...

Waytha Moorthy Ucap Terima...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berterima kasih kepada...

Polis Tumpaskan Aktiviti Pecah...

KULIM - Polis melumpuhkan aktiviti penjualan air ketum, pecah rumah dan sindiket membeli...

Bilangan Zon Merah COVID-19 Kekal 26 Daerah

KUALA LUMPUR – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah setakat jam 12 tengah hari semalam.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19.

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan dengan 15 kes.


Sementara itu, Malaysia kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, menghuni tangga ke-34 semalam dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Dalam pada itu, lima daerah kini didapati menghampiri zon merah dengan jumlah kes menghampiri 41.

Daerah berkenaan ialah Muar (40 kes), Seberang Perai Tengah dan Lahad Datu (38 kes) serta Kuala Muda dan Kota Kinabalu (35 kes).

Setakat semalam, sebanyak 1,696,323 kes COVID-19 dicatatkan di seluruh dunia dengan 102,672 jumlah kes kematian.

Kategori