SETIAP hari, kemunculannya pasti ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia.
Maka tidak salah jika kita menamakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara lelaki paling popular masa kini.
Kredibilitinya bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung Covid-19 di Malaysia juga tidak perlu dinafikan lagi.
Pada Selasa, 21 April 2020, figura kebanggaan ramai itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57.
Tarikh yang cukup bermakna itu turut dikongsi ramai yang mana ia menjadi topik perbualan netizen di laman sosial.
Malah, hari istimewa itu turut menjadi topik trending di laman Twitter dengan wujudnya tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Majoriti netizen tidak putus-putus menyampaikan ucapan selamat hari lahir buat Dr Noor Hisham.
Selain itu, orang ramai turut menyampaikan pelbagai ucapan doa dan kata-kata semangat.
“Birthday DG Hisham trending dekat Twitter macam artis. Biasa fans K-pop yang selalu trendingkan birthday idol dorang.
“Suka tengok #HappyBirthdayDGHisham menjadi trending. Satu peringatan untuk kita tunjukkan penghargaan buatnya dengan duduk di rumah.
“#Selamat hari lahir buat wira negara kita,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, menerusi laporan mStar pada awal pagi Selasa, Dr Noor Hisham turut mendedahkan apa yang dianggap sebagai hadiah hari lahir istimewa untuknya.
“Sempena hari jadi saya 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” ujarnya sambil tersenyum.
Untuk rekod, anak kelahiran Sepang, Selangor itu turut disenarai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani situasi Covid-19.
Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. – mStar Online