Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Rakyat Taiwan Mula Mengundi...

TAIPEI - Pilihan raya Taiwan bermula pada hari ini dan keputusan paling awal...

PM Puji Pengurusan Bencana...

KUANTAN – Kaedah pengurusan bencana banjir yang bertambah baik dari semasa ke semasa...

[RASMI] BN Rampas Kota...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Sikap Rasis DAP Ketara...

BONGKAR... Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang cuba keliru rakyat apabila buat pelbagai...

Boleh Bergerak Dalam Radius 10km Beli Barang Keperluan

SHAH ALAM – Orang ramai hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan dalam jarak lingkungan 10 kilometer sahaja dari rumah masing-masing.

Perkara itu terkandung dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digazetkan semalam.

Berdasarkan syarat tersebut, seseorang hanya dibenarkan untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat.

Selain itu, peraturan itu menetapkan, hanya seorang sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali dengan alasan yang munasabah.

Ia mula dikuatkuasakan mulai 1 April hingga 14 April ini.

Mereka yang didapati melanggar syarat itu akan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. – Sinar Harian

Kategori