Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tun M Tidak Setuju...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju...

Negara Anggota ASEAN Digesa...

KUALA LUMPUR - Negara anggota ASEAN digesa melakukan usaha bersepadu yang serius untuk...

Nahas Bas Ekspres: Khaled...

MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga...

PRU-15 Wajar Diawalkan, Selesaikan...

KUCHING : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik...

Boleh Dapat Rawatan Perubatan Melebihi 10km

SERDANG – Tiada masalah bagi individu melakukan perjalanan melebihi 10 kilometer bagi mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya perkhidmatan kesihatan seperti klinik dan hospital melebihi jarak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata walaupun peraturan baharu itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara baru-baru ini, namun terdapat kelonggaran tertentu yang dibenarkan kerajaan.

“Kita mempunyai kelonggaran khusus untuk mereka dapat rawatan… jadi tidak ada masalah sebenarnya pada mereka (pesakit) dan hanya perlu memaklumkan (kepada polis) yang kita perlu buat sesuatu untuk kesihatan (berjumpa doktor),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.

Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang berkuat kuasa mulai 1 April  sehingga 14 April menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dalam tempoh itu bagi tujuan dibenarkan adalah dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman.

Menurut peraturan itu, yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu tersebut juga tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan alasan munasabah.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 40 buah hospital di seluruh negara telah diwartakan sebagai hospital rawatan COVID-19 bagi merawat mereka yang sehingga kini seramai 3,116 yang positif wabak tersebut.

Jelasnya, setakat ini penggunaan hospital-hospital COVID-19 hampir mencapai 40 peratus dan sebanyak 6,917 katil hospital juga telah digazetkan bagi pesakit COVID-19.


“Bagi unit penjagaan rapi (ICU) ada 410 katil manakala ventilator pula sebanyak 634,” katanya.

Difahamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang akan menempatkan 604 pesakit COVID-19 yang stabil, tidak mempunyai gejala atau bergejala ringan itu mungkin beroperasi tiga minggu dari sekarang.

“Segala kemungkinan boleh berlaku, untuk itu kerajaan memandang ke hadapan. Persiapan kita laksanakan memenuhi keperluan mitigasi wabak ini,” katanya. 

Dr Adham berkata pesakit sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan atau Perak juga boleh dipindahkan ke pusat tersebut bagi meneruskan rawatan dan pemerhatian sehingga sembuh sepenuhnya.

“Dengan cara ini, pesakit COVID-19 yang keadaannya lebih memerlukan akan dapat terus dirawat dan ditumpukan di hospital-hospital COVID-19,” katanya.

Kategori