Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

CuepacsCare, CuepacsPA Pelan Takaful...

PERKEMBANGAN industri takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an hasil daripada keperluan umat...

PH Kedah Perlu Bergerak...

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta keempat-empat parti komponen...

Melaka Naik Had Umur...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memutuskan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam di...

Bekas Lans Koperal Dipenjara...

PETALING JAYA - Seorang bekas Lans Koperal polis dihukum penjara 20 tahun dan...

Boleh Mohon Pulang Jika Terkandas Di Kampung

KUALA LUMPUR – Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi GerakMalaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Ismail Sabri berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

Katanya, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.

“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya. – BH Online

Kategori