Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KLIA2: Pelan Mitigasi Gangguan...

KUALA LUMPUR - Satu pelan mitigasi telah dilasanakan untuk memastikan keselamatan penumpang berikutan...

Cadangan Sambut Merdeka Tanpa...

KUCHING - Hari Kemerdekaan berkemungkinan disambut tanpa menyatakan bilangan ulang tahunnya mulai tahun...

Tuanku Zara Salim Rasmi...

TANJUNG MALIM - Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Pusat Penyelidikan...

‘Tuduhan Terhadap Saya Tidak...

BESUT - Penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik berkata tuduhan bahawa konon beliau menjatuhkan...

Boleh Solat Tanpa Wuduk, Tayamum Jika Pakai PPE

PETUGAS barisan hadapan yang terpaksa memakai perlindungan diri (PPE) sepanjang masa ketika bertugas boleh menunaikan solat tanpa berwuduk dan tayamum.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, terdapat dalil yang membenarkan perbuatan itu di samping ahli fekah pernah membicarakannya di dalam bab bersolat tanpa dua penyucian iaitu wuduk dan tayamum.

Katanya, di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim terdapat situasi di mana sahabat Rasulullah SAW bersolat tanpa mengambil wuduk mahupun tayamum.

ā€œKetika itu tiada air, lalu Allah SWT menurunkan perintah untuk bertayamum jika tidak boleh berwuduk.

ā€œMeskipun demikian, Rasulullah tidak meminta sahabat untuk mengulangi solat walaupun perintah bertayamum diturunkan sejurus keadaan itu berlaku,ā€ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, semalam.

Sebelum ini, petugas barisan hadapan khususnya doktor dan jururawat keliru mengenai masalah berkenaan kerana perlu mengenakan PPE dalam jangka masa lama dan tidak boleh menggunakan air ketika mengendalikan pesakit Covid-19.


Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, perkara berkenaan lebih dekat dengan konsep Islam sebagai agama yang mudah terutama kepada mereka yang menjaga dan merawat pesakit Covid-19.

ā€œIa lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah pada surah al-Baqarah ayat 185 yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah.

ā€œJika seharian bertugas (tanpa bersolat), kemudian perlu menggantikannya pada malam hari pastinya membebankan petugas,ā€ katanya.

Mohd Asri berkata, petugas barisan hadapan juga boleh menjamakkan solat Zohor dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak, sekiranya terdapat bebanan atau kekangan untuk bersolat ketika bertugas. – myMetro Online

Kategori