Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Angkat Sumpah Menteri Besar...

MAJLIS angkat sumpah Menteri Besar Kedah Ke-14 dijangka berlangsung pada Ahad ini selepas...

ERL Gantung Sementara Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan kereta api...

25,663 Kanak-kanak di P....

GEORGE TOWN: Sebanyak 25,663 atau 16.5 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak berusia antara...

Penerbit Filem “BABI” Didakwa...

PETALING JAYA - Seorang penerbit filem kontroversi bertajuk "BABI" didakwa di Mahkamah Majistret...

BPN: Kemaskini Maklumat Akaun Bank Sebelum 30 April

CYBERJAYA – Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu, boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan, pada bulan depan.

“LHDN ingin menasihatkan penerima BPN, untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan meminta TAC, bagi tujuan penyaluran BPN.

“Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN,” menurut kenyataan itu lagi.

FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas  https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN.

Kategori