Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Budak Albino Diculik Bapa...

TANZANIA - Inillah wajah kanak-kanak albino yang cuba dijual oleh bapa saudaranya kepada...

Empat Penjenayah Warga Vietnam...

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam...

Ahmad Bashah Ada Pilihan...

KUALA LUMPUR - Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Suspek 60 Tahun Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang suspek lelaki berusia 60 tahun ditangkap di Kampung Pantau-Pantau,...

Cadang Tuduh Wanita Maki Anggota Polis

KERTAS siasatan berhubung kes wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi proses pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis sudah mengambil keterangan wanita 30-an itu untuk melengkapkan siasatan.

ā€œHari ini kita akan bawa kertas siasatan wanita terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan tuduh.

ā€œSekiranya dapat arahan, esok pagi akan dituduh,ā€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, wanita itu direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Harian Metro kelmarinĀ melaporkanĀ tindakan wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya, mengundang padah apabila dia ditahan.

Wanita berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana bengang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan tentera di lokasi itu.

Malah, wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan turut membunyikan hon hampir 30 minit ketika cuba mencari jalan keluar daripada kesesakan ke rumahnya yang terletak berhampiran. – myMetro Online

Kategori