Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Kes Denggi Di...

SEREMBAN - Tiada kes denggi dilaporkan di daerah Port Dickson pada minggu ini...

PRU14: PPBM Perlis Umumkan...

ARAU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding lima kerusi Dewan...

Kes Denggi Naik 250...

LABUAN - Labuan mencatatkan peningkatan kes denggi hampir 250 peratus kepada 62 kes...

Pengarah Kolej Direman 5...

KUANTAN - Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini direman selama...

China Mengaku Salah Kira Jumlah Sebenar Mangsa Covid-19

WUHAN – Bandar pertama yang dikesan dengan pandemik Covid-19 ini mengakui tersilap langkah dalam mengira jumlah sebenar mangsa yang maut akibat virus berkenaan menjadikan angkanya meningkat sehingga 50 peratus.

Ia selepas timbulnya kesangsian di kalangan pemimpin dunia yang meragui ketelusan China dalam melaporkan situasi sebenar pandemik berkenaan.

Amerika Syarikat memulakan pertikaian ini secara terbuka dan mempersoalkan maklumat sebenar dikongsi kerajaan China berkaitan kejadian itu di peringkat antarabangsa.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pihak berkuasa di Wuhan pada awalnya cuba menyembunyikan maklumat dengan menghukum doktor yang mendedahkan kejadian itu di laman sosial pada Disember tahun lalu.

Malah, keraguan turut timbul selepas kerajaan China kerap menukar kriteria pengiraan ketika kemuncak pandemik ini di sana.


Jumlah terbaharu angka kematian yang dilaporkan di Wuhan adalah sebanyak 3,869 berbanding 1,290 dilaporkan sebelum ini.

Perubahan itu juga menjadikan jumlah kematian di seluruh China mencecah 4,632, berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan hari ini. – Agensi

Kategori