Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Leka Dengan Telefon, Kaki...

SEORANG wanita di Beijing, China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat...

Kajian Kajidata Menunjukkan BN...

KUALA LUMPUR – Satu kajian persepsi rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) pada masa...

Chinlone Berpotensi Sumbang Emas...

KUALA LUMPUR - Sukan sepak takraw boleh menjadi penyumbang pingat emas pertama negara...

Mahkota RM4.74j Dicuri Dari...

LYON - Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan...

COVID-19 Tak Kenal Dari Kayangan Atau Bumi

“COVID-19 tidak kenal dari kayangan atau dari bumi. Tidak ada siapa yang boleh dibezakan oleh Covid-19. Kalau mereka kaya raya pun, tidak terkecuali daripada dijangkiti,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau percaya peraturan sedia ada iaitu menghalang penjawat awam boleh diguna pakai terutama bila berdepan dengan golongan digelar ‘Kluster Kayangan’ di media sosial.

Beliau mengulas mengenai tindakan sesetengah golongan elit melemparkan tuduhan dan makian kepada petugas barisan hadapan terutama doktor yang menjalankan tugas.

“Saya haraplah mereka yang berkedudukan tinggi itu lebih bertamadun daripada orang lain. Berikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan terutama doktor, jururawat yang terbabit kerana seperti yang saya katakan, kedudukan tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada Covid-19,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, tidak ada siapa yang akan terkecuali atau lebih tinggi daripada undang-undang dan mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas begitu saja.


“Saya kecewa dengan tindakan beberapa pihak termasuk ahli politik yang menularkan video kononnya berlaku rempuhan warga negara Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

“Polis sudah pun mengenal pasti individu terbabit dan tindakan akan diambil,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setakat ini PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka 207 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 dengan 23 daripadanya kes sudah didakwa di mahkamah. – myMetro Online

Kategori