Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Rugi RM67,000...

KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan di sini mendakwa ditipu sindiket 'Parcel Scam'...

Skuad Polo Azam Ulangi...

KUALA LUMPUR - Pasukan polo Malaysia berazam untuk mengulangi kejayaan memenangi pingat emas...

Bayi Derita Empat Penyakit...

KUALA KEDAH - Bayi Ini Derita Empat Penyakit Kronik Sekaligus, Meskipun kelihatan sihat...

Cari Penyelesaian Segera Projek...

MIRI - Penjawat awam yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek-projek kerajaan diarah mencari penyelesaian...

Defend Tag Bukan Untuk Halang COVID-19

KUALA LUMPUR – Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend tag’, tidak pernah mendakwa ia boleh menghalang penularan COVID-19, mahupun mendakwa ia sebagai alat bagi menghalang jangkitan virus penyakit itu.

Dalam satu kenyataan malam ini, Antah Pharma berkata beberapa laporan di media sosial yang mendakwa produk itu boleh berbuat demikian, adalah salah dan mengelirukan.

Menurutnya Defend tag menggunakan teknologi inovatif yang digabungkan dengan keberkesanan klorin dioksida terbukti sebagai agen antimikrobial, menjadikannya berkesan terhadap banyak virus dan bakteria yang diketahui.

“Walaupun Defend tag direka untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap mikrob bawaan udara, namun ia bukan pengganti kepada penjagaan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan sabun dan air, menggunakan pensanitasi dan penutup mulut dan hidung, apabila perlu.

“Oleh kerana COVID-19 adalah coronavirus, saintis di seluruh dunia masih menjalankan penyelidikan yang luas untuk memahami ciri-ciri virus itu.

“Setiap individu disaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang dan jarakan sosial,” tambahnya. 

Kategori