Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Kalau Berani Sangat, Sila...

"MARI jumpa saya wahai Ustazah Hamidah, kalau nak maki orang biar depan-depan." Itulah yang...

Mazlan, Izhar Tak Mohon...

JOHOR BAHRU: Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU yang mengumumkan keluar...

Kastam Thai Rampas Sumbu...

BANGKOK - Kastam Thai menahan dua rakyat China di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di...

Bandar Raya Sanaa Dibom...

SANAA – Bandar raya ini dibom bertalu-talu untuk malam ketiga berturut-turut, kata beberapa...

Doktor Bengang Masyarakat Di JB Tak Endah PKP

SEORANG doktor mendakwa bengang susulan tindakan masyarakat di Johor Bahru dikatakan tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain beberapa agensi kerajaan didakwa tidak menjalankan tugas sebetulnya bagi mengelakkan orang berhimpun.

Kenyataan itu diungkapkan menerusi video secara langsung berdurasi 12.26 minit di laman sosial Facebook (FB) Hairin Anisa Tajuddin pada 5.02 petang 14 April lalu.

Dia turut memaklumkan beberapa lokasi zon merah yang tidak diawasi dan kekecewaannya terhadap wabak Covid-19 yang dipandang remeh masyarakat.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Doktor marah sebab dapat banyak aduan daripada pesakit hingga doktor jadi takut sebab Johor Bahru dah masuk zon merah, maknanya kita dalam keadaan berisiko tinggi untuk dapat pembawa tidak dikenal pasti lagi.

“Saya kecewa pesakit bawa anaknya pergi pasar raya di area Taman Bukit Mutiara, dia kata di situ macam tiada PKP, macam tiada orang jaga, kedai semua buka suka hati takada buat penjarakan sosial, orang selambanya berkumpul di situ.

“Banyak juga kes di Taman Daya, pasar di Larkin, tiada polis jaga, itu yang doktor jadi bengang sangat sebab masyarakat di Johor Bahru memang sengaja cari nahas.


“Memang sengaja nak suruh virus tu kejar korang. Doktor bengang sangat sebab masyarakat Malaysia punya mentaliti ini yang di Johor zon merah, ini degil sangat.

“Kita tahu virus ini boleh ada di permukaan beberapa hari. Kalau korang pergi bersondol sana berpegang pastu transmit dah jadi rantaian yang panjang. Dan sampai bila kita nak selesaikan ini? Bila rantaian ini akan berpanjangan? Kita tidak akan dapat kurangkan risiko penyebaran ini. Faham tak?

“Ekonomi itu bukan saya seorang sahaja yang rasa, semua orang rasa termasuk kerajaan sekali terpaksa tanggung manusia yang degil juga. Mereka tidak kerja, kumpul sana sini selepas itu minta insentif minta bantuan. Tapi kau degil. Bengang la ni. Kau minta bantuan itu ini pada kerajaan tapi bodoh pergi duduk lagi sana sini,” katanya. – myMetro Online

Kategori