Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harap Tok Mat Selesaikan...

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan,...

Dr Halimah Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, memohon maaf susulan kenyataannya...

Tiada Vaksin Tamat Tempoh,...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin...

Suami Isteri Terselamat Kereta...

BELURAN – Pasangan suami isteri terselamat ketika kereta dinaiki terbakar selepas terlibat dalam...

Elakkan Aktiviti Kunjung-Mengunjung Ketika Ramadan

MENGAMBIL iktibar daripada penyebaran jangkitan Covid-19 dalam Kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, masyarakat diminta kekal patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan ini dengan mengelakkan daripada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran (termasuk majlis keagamaan dan majlis keraian).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“KKM khuatir aktiviti seperti ini yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga terutama kepada golongan warga emas dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, tradisi dan amalan ibadat pada Ramadan bagi umat Islam seluruh dunia juga akan turut terkesan memandangkan banyak negara sedang melaksanakan kawalan pergerakan dan sempadan bagi mengekang penularan Covid-19 di negara masing-masing.

“Umat Islam di Malaysia diseru menggunakan peluang ketika Ramadan ini untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah masing-masing.

“Langkah ini dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga yang dikasihi terutamanya ibu bapa yang tua dan anak-anak kecil daripada dijangkiti penyakit Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Kategori