Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Malaysia Ditemui Mati...

HATYAI - Seorang wanita rakyat Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel didiami bersama...

Terima Padah Rogol Warga...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun...

Kata-Kata Semangat Neelofa Buat...

PELAKON dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menasihatkan penyanyi berbakat...

Terengganu Bangunkan Modul Bantu...

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu akan membangunkan satu modul baharu bagi memperkasa ekonomi...

Fazura Hamil Empat Bulan

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin.

Fazura berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuk mereka menimang cahaya mata.

“Selepas melayari perkahwinan selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. Insya-Allah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.

“Kandungan saya kini dalam bulan keempat. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah dan sesungguhnya ini adalah waktu paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pelakon itu turut bersyukur terhadap doa daripada semua pihak sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga.


“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang,” katanya.

Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. – myMetro Online

Kategori