Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Pelabuhan Maritim...

KUALA LUMPUR - Industri maritim dijangka menyaksikan lebih banyak penyatuan dan penggabungan pelabuhan...

Bilangan Kanak-Kanak Obes Di...

PUTRAJAYA - Lebih tujuh peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Malaysia dikenal...

Peruntukan RM70 Juta Bina...

MIRI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan...

Didenda RM1,000 Kerana Merusuh,...

JOHOR BAHRU – Gara-gara merusuh dan mengakibatkan kecederaan, sembilan lelaki hari ini didenda...

Inspektor Didakwa Lagi Esok Kerana Rogol Wanita Mongolia

INSPEKTOR polis yang disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel, di Petaling Jaya, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap pegawai polis berusia 30 tahun itu.

“Dia akan dituduh enam pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana merogol serta mencabul mangsa pertama.

“Selain itu, dia juga akan dituduh dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa kedua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Harian Metro melaporkan pegawai polis itu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Klang, hari ini, atas dua tuduhan memperdagangkan dua wanita warga Mongolia, minggu lalu.


Bagaimanapun, tertuduh, Hazrul Hizham Ghazali, mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Pada 11 April lalu, Hazrul Hizham ditahan selepas disyaki merogol dua wanita Mongolia berkenaan di sebuah hotel di daerah ini.

Pegawai polis itu dipercayai mengenali wanita terbabit ketika bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini. – myMetro Online

Kategori