Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Azmin Tak Campur Urusan...

GOMBAK - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau...

Program Subsidi Beras ST15...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta menggantung sementara program...

Undang-Undang Berita Palsu Tidak...

PUTRAJAYA - Penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta...

2 Beradik Didakwa, Belasah...

KUALA LUMPUR - Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Inspektor Didakwa Rogol, Cuba Cabul Dua Wanita Mongolia

PETALING JAYA – Seorang inspektor polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan tuduhan merogol serta satu dakwaan cubaan mencabul dua wanita warga Mongolia.

Hazrul Hizham Ghazali, 30, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kelapan, Hazrul Hizham yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa merogol dua wanita Mongolia menggunakan kedudukan kuasanya sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kerelaan kedua-dua mangsa.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dua bilik berbeza, di PJ Luxe Butik Hotel antara jam 12 tengah malam hingga 11 pagi, pada 11 April lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh turut didakwa atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas mangsa pertama dengan niat hendak mencabul kehormatan wanita itu di khemah petugas sekatan jalan raya Tol NPE, PJS 2, di sini, jam 5.30 hingga 6.15 petang, pada 11 April lalu.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM27,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Kategori