Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Had Umur ADUN Masih...

PUTRAJAYA - Kelayakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Malaysia masih kekal pada...

ADUN Sungai Kandis Meninggal...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei,...

Johor Garis 6 Fokus...

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Pasrah Jika Kerja Amal...

REDA... Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasrah jika kerja amal termasuk bina Maahad...

IPD PJ Terima Bantuan FRU Untuk Penugasan SJR

PETALING JAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima bantuan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan sekatan jalan raya Op COVID-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata seramai 80 anggota dan empat pegawai FRU ditempatkan di daerah itu bermula hari ini.

“Kami telah menggunakan kekuatan maksimum membabitkan 930 anggota dan pegawai.

“Pertambahan dua lagi sekatan jalan raya di daerah ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan sekatan, juga memerlukan kami untuk mendapatkan kekuatan tambahan daripada FRU,” katanya ketika ditemui selepas memeriksa dua sekatan jalan raya tambahan di Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk melaksanakan duty point atau pos kawalan bergerak bagi menempatkan peronda pejalan kaki di lokasi tertentu di daerah ini.


“Rancangan itu masih di peringkat kajian dari segi kekuatan anggota, logistik dan kawasan yang sesuai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sembilan kompaun telah dikeluarkan bagi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324) di daerah ini semalam.

“Semua sembilan individu berkenaan membabitkan warga tempatan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 selepas memberi alasan remeh termasuk berkumpul bersama rakan dan menghantar barang selepas pukul 10 malam,” katanya.

Kategori