PELAKON terkenal India, Irrfan Khan meninggal dunia selepas bertarung dengan komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan kolon, hari ini.
Irrfan, 53, yang juga pemenang aktor terbaik Anugerah Kebangsaan India adalah pengidap kanser.
Aktor itu meninggal dunia di sisi isterinya Sutapa Sikdar dan dua anaknya Babil dan Ayan.
Gulf News melaporkan, kematian Irrfan disahkan jurucakap keluarga berkenaan.
Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516
“Ini adalah hari yang begitu menyedihkan untuk memaklumkan pemergian beliau. Dia seorang pejuang hingga akhir hayatnya.
“Kami semua mendoakan dia akan tenang di sana,” kata jurucakap aktor itu.
Berita kematiannya juga turut disahkan pengarah yang juga teman rapatnya Shoojit Sircar.
“Buat kawanku Irrfan, kamu sudah berjuang, berjuang dan terus berjuang. Saya sentiasa bangga dengan kamu dan semoga bertemu lagi,” katanya dalam media sosial.
Ketika hayatnya, Irrfan sudah membintangi lebih 100 filem dan memenangi pelbagai anugerah hasil karya lakonan yang mantap.
Antara filem lakonannya adalah Life of Pi, Jurassic World, The Amazing Spiderman dan Slumdog Millionaire. – Agensi