Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Dulu Maki MCKIP, Sekarang...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang...

Polis Tumpas Geng Cendol...

BALING - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menumpaskan...

Agong Harap Kerjasama Malaysia-UK...

LONDON - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap kerjasama...

Robert Kuok Kekal 12...

BEKAS 'Raja Gula', Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas...

Jangan Buat Kenduri PKPD Sudah Habis

SIMPANG RENGGAM – Penduduk Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid dan Kampung Dato’ Ibrahim Majid di sini, diingatkan agar tidak menganjurkan sebarang kenduri kesyukuran susulan berakhirmya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu, esok.

Ketua Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Sarlan Yasmin, berkata cukup andai rasa kesyukuran dizahirkan di rumah masing-masing, sama ada melakukan solat sunat dan sujud syukur atau apa sahaja yang tidak menyalahi hukum Islam.

Katanya, selepas genap sebulan terkurung di dalam rumah masing-masing, penamatan PKPD tidak bermakna penduduk bebas melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan PKP yang masih dilaksanakan.

“Penamatan PKPD tidak bermakna kita boleh abaikan setiap langkah pencegahan yang sudah diamalkan sebelum ini. Saya harap penduduk di dua kawasan ini terus mematuhi PKP, hanya ketua atau wakil keluarga yang sihat sahaja dihantar membuat urusan di luar.

“Memanglah sudah lama kita tidak melihat dunia luar, namun harus diingat bahawa kebebasan ini bukan bermakna kita boleh melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan PKP yang sedang dilaksanakan sekarang ini,” katanya.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Putrajaya, memaklumkan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid akan ditamatkan esok.

Berikutan itu, semua sekatan tambahan yang dikenakan sejak 27 Mac lalu akan ditarik balik dan penduduk akan menjalani PKP seperti yang lain. Dua kawasan itu adalah lokasi pertama di negara ini dikenakan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.


Sarlan berkata, penamatan PKPD itu sememangnya sudah lama dinantikan oleh penduduk dua penempatan berkenaan yang selama ini akur dengan apa juga arahan dan keputusan kerajaan demi memastikan rantaian penularan virus COVID-19 dapat diputuskan.

“Inilah yang dikatakan pengorbanan sebenar, hasilnya memberikan sinar baharu untuk kita menjalani kehidupan harian yang lebih sempurna,” katanya.

Beliau mewakili penduduk kampung, berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus siang dan malam memastikan pelaksanaan PKPD di kawasan terbabit dipatuhi.

“Terima kasih juga kepada mereka yang setiap hari menghantar bekalan makanan tanpa rasa jemu supaya kami penduduk di dua kawasan ini kami tidak terputus bekalan makanan,” katanya.

Kategori