Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bahasa Melayu Perlu Jadi...

BANGKOK – Bahasa Melayu yang ditutur oleh lebih 300 juta orang atau separuh...

Panglima TLDM Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad...

Polis Masih Tunggu Laporan...

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu laporan forensik berhubung kes seorang remaja lelaki...

Benarlah Beliau Menteri Yang...

BENARLAH Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed seorang yang...

“Janganlah Mereka Ketuk Pintu Rumah”

PELAKON Sobri Anuar berdebar dan berdoa setiap hari supaya pintu rumahnya di Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur tidak diketuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membawanya ke hospital.

Sobri, 43, yang kini ‘terkurung’ di situ akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkata, setiap hari beberapa penghuni di situ yang positif Covid-19 dibawa keluar selepas menjalani saringan jangkitan virus berkenaan minggu lalu dan kebimbangannya semakin memuncak.

“Boleh dikatakan setiap hari ada saja penghuni dibawa KKM dari bangunan ini membuatkan saya sangat takut. Disebabkan itu, setiap masa saya berdoa supaya pintu rumah tidak diketuk.

“Hari ini, kami semua diminta untuk menjalani saringan fasa kedua dan saya berharap tiada apa-apa yang membimbangkan berlaku. Alhamdulillah, kesihatan saya sudah beransur baik dan tidak demam lagi.

“Begitu juga kebajikan di sini, syukur semuanya terkawal dan kami diberi makan yang cukup selama tiga kali sehari. Saya cuba sedaya-upaya untuk berkurung di bilik saja jika tiada apa-apa untuk keselamatan,” katanya.

Pelakon drama bersiri Keluarga Iskandar ini turut berkongsi situasi dalam bangunan berkenaan di mana ada masanya agak tegang selepas semua penghuni diarah untuk tidak keluar langsung atau berjumpa sesiapa berikutan PKPD.

“Saya dapat melihat penghuni di sini semakin tertekan dari segi emosi hingga ada yang menjerit-jerit. Luluh hati saya tengok disebabkan mereka mungkin tidak kuat berhadapan dengan situasi ini.

“Saya berusaha cuba positifkan diri setiap masa dan buat kerja dalam bilik saja. Ada juga kawan-kawan datang melawat, namun saya cuma dapat melambai mereka dari jauh saja,” katanya.


MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sobri turut bersyukur apabila ramai rakan turut memberikan sokongan daripada segi emosi selain keluarganya sendiri.

“Boleh dikatakan, setiap hari saya akan dihubungi beberapa rakan artis dan pengarah filem yang bertanya khabar. Ia ibarat sudah menjadi tanggungjawab buat mereka untuk berbuat demikian dan saya amat berterimakasih dengan sokongan itu.

“Begitu juga dengan ibu saya, setiap hari kami akan bersembang menerusi panggilan video selama 30 minit. Saya akui sokongan sebegitu sangat penting demi kestabilan emosi sepanjang menempuh tempoh sukar ini,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sobri ‘terperangkap’ di situ apabila PKPD dilaksanakan di kawasan itu sejak 7 April lalu dalam keadaan dirinya mengalami demam.

Perlaksanaan PKPD ke atas kediaman itu dilaksanakan kerajaan berikutan terdapat banyak kes positif  Covid-19 di sekitar kawasan berkenaan. – myMetro Online

Kategori