Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AirAsia Tingkatkan Kekerapan Ke...

KUALA LUMPUR ā€“ AirAsia X kini bersedia untuk meningkatkan kekerapan daripada empat ke...

Mahkamah: Justo Tidak Dibenar...

BANGKOK - Warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun...

Sabung Ayam: Tujuh Lelaki...

MIRI - Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai terlibat...

Tomok Akui Tertekan Gambar...

PENYANYI Tomok mengakui tertekan dan terkejut setelah mengetahui gambar anaknya Arrianshah Akid dan...

Jangkitan Covid-19 Turun Dua Digit

SEMALAM hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan kerajaan dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.

Usaha tanpa mengira siang dan malam itu akhirnya berhasil pada dalam PKP fasa ketiga bermula 15 April lalu apabila jumlah kes baharu mulai menurun kepada dua digit.

Namun, trend menurun itu diharap berpanjangan bagi membolehkan PKP ditamatkan dan kita kembali kepada kehidupan normal – normal baharu untuk lebih tepat.

Walaupun tiada jaminan pandemik ini akan berakhir segera, tetapi kesedaran masyarakat semakin baik terutama dalam menjaga keselamatan kesihatan.

Pada Mac lalu firma antarabangsa JP Morgan & Co meramalkan pertengahan bulan ini Malaysia akan memiliki kes puncak iaitu 6,300 kes manakala Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) pula menjangka kes positif wabak itu akan lebih tinggi iaitu 8,900 kes.

Sebaliknya, ternyata ramalan itu meleset apabila semalam hanya mencatatkan 5,389 kes. PKP fasa ketiga juga menyaksikan terdapat beberapa hari mencatatkan kes harian di bawah 100 iaitu 15 April (85 kes), 17 April (69 kes), 18 April (54) dan 19 April (84 kes).

Jumlah keseluruhan kes positif bagi tempoh seminggu sejak 13 April (Isnin) hingga 19 April (Ahad) adalah sebanyak 740 kes. Ia menunjukkan penurunan sebanyak 281 kes berbanding catatan sepanjang minggu lalu iaitu 1,021 kes direkodkan antara 6 April (Isnin) hingga 12 April (Ahad).

Bagaimanapun kes positif jangkitan virus Covid-19 yang menurun ketika ini masih menimbulkan kebimbangan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Ini kerana, katanya, warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir angka penurunan kes positif dicatatkan sekarang menjadikan masyarakat alpa.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERAā€¦ KLIK

Hatrik tiga hari kes baharu jangkitan Covid-19 mencatatkan dua angka sehingga semalam iaitu 69 kes, 54 kes dan 84 kes.

Dr Noor Hisham berkata, penurunan jumlah kes beberapa hari ini dibimbangi disalah erti serta membuatkan masyarakat lalai lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.


ā€œKKM khuatir penurunan kes menyebabkan segelintir masyarakat alpa sebab memikirkan wabak ini hampir selesai lalu mengingkari arahan PKP.

ā€œIngin sekali lagi ditegaskan, bahawa negara belum memenangi pertarungan untuk mengalahkan atau menghapuskan wabak virus Covid-19,ā€ katanya.

Rakyat Malaysia tidak mahu beberapa kes termasuk membabitkan golongan VIP mengingkari arahan PKP berlaku dalam minggu trend penurunan kes yang lalu menjadi batu penghalang untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan.

Sama-samalah kita banyak bersabar, sudah lebih sebulan dapat bertahan PKP sejak 18 Mac lalu dan janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Teruslah mematuhi saranan KKM walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif namun masyarakat masih perlu berada di rumah, mengamalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangya satu meter daripada orang lain.

Selain itu teruslah mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.

Semua orang rindukan kehidupan normal yang dinikmati sebelum terjadinya pandemik koronavirus baharu atau Covid-19 yang merebak ke seluruh dunia dari bandar raya Wuhan, China. – myMetro Online

Kategori