Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAC Akan Panggil Semula...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula bekas Presiden...

Masyittah: Iman Solehah Pada...

MASYITTAH, tukang sikat Firaun masyhur dalam sejarah Islam kerana keteguhan imannya pada Allah. Wanita...

2 Rakyat Malaysia Antara...

BANGKOK - Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom...

Pengharaman Tablet iPad Di...

Tablet iPad adalah peranti pintar yang boleh kita lihat di mana-mana.Lebih-lebih lagi jika...

Kebenaran Solat Jumaat, Tarawih Dibincang Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Semua kementerian akan terlibat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok bagi membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuklah kebenaran bagi orang Islam menunaikan solat Jumaat atau tarawih di masjid.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dan pengumuman berkaitan SOP tersebut akan diumumkan oleh beliau sendiri esok atau Jumaat ini.

“Kita faham ada ibu bapa bekerja dan tidak ada sesiapa menjaga anak mereka. Perkara ini akan dibincangkan esok oleh semua kementerian bagi mengeluarkan perincian SOP. Semua kementerian akan mencadangkan SOP mereka.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad turut terlibat dalam mesyuarat bagi menyediakan SOP esok. Pelbagai persoalan ditimbulkan apabila terdapat kelonggaran dalam PKP keempat ini dan sebenarnya ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada juga yang bertanya adakah solat tarawih dibenarkan dengan syarat kita mengamalkan jarak satu meter dan begitu juga dengan solat Jumaat,” katanya pada Sidang Media (Non- Health) di sini hari ini.


Dalam pada itu, menurutnya, beliau telah menerima surat cadangan dan permohonan menyambung semula kempen Liga Malaysia (Liga-M) daripada Kementerian Belia dan Sukan.

“Perkara ini juga akan kita bincangkan dan jika dibenarkan kita akan sediakan SOP. Namun seperti saya maklumkan sebelum ini buat masa sekarang perlawanan bola sepak Liga-M tidak dibenarkan,” katanya.

Kategori