Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

UMNO Sahkan Annuar Musa,...

PONTIAN – UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara...

Polis Giat Cari Suspek...

IPOH - Polis Perak kini mempergiat usaha mengesan suspek terlibat dengan kematian ahli...

Sasar Rt COVID-19 Kurang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 kepada...

MED Dijenamakan Semula Sebagai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan...

Keluarga Balik KL Tipu Polis, Ingkar PKP Dikenal Pasti

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial pulang ke Kuala Lumpur dengan menipu pihak berkuasa dan memberi ‘tips’ untuk mempengaruhi orang ramai ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam tular di media sosial berkaitan lelaki terbabit yang memberi ‘tips’ bagaimana ingin menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya nak beri peringatan kepada semua jangan pengaruhi orang lain untuk ikut tindak tanduk mereka.

“Polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan diambil kepada mereka kerana tiada sesiapa boleh terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi mereka mengakui ingkar arahan PKP,” katanya pada sidang media harian di Putarajaya, di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ismai Sabri berkata, jangan bangga melakukan kesalahan dan menganggap diri seperti hero yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki memberi alasan ingin membuat pemeriksaan anak di klinik kesihatan dan tiada orang yang dapat menjaga anak menyebabkan mereka keluar sekeluarga.


Mengulas mengenai dakwaan polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pesalah PKP, beliau berkata, tindakan polis itu mengikut Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana pegawai termasuk polis yang diberikan kuasa melaksanakan perkara berkaitan akta itu.

“Segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum mengikut akta itu dan kanun keseksaan…jadi jika ada yang persoalkan kuasa polis saya ingin jelaskan polis memang berkuasa bagi melaksanakan tugas apa yang termaktub dalam akta itu,” katanya. – myMetro Online

Kategori