Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Nafi Kedah Perkenal...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menafikan ia bercadang memperkenalkan peraturan berpakaian bagi...

Rokok Seludup Guna Laluan...

SEPANG -  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Tampil Klip Video Seksi...

KAHERAH - Padah muncul berbikini sambil ghairah hadam pisang menerusi satu klip video...

Peranan PAC Negeri Perlu...

KOTA KINABALU - Peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di setiap negeri perlu...

Kerajaan Awasi Isu Jejas Rumah Tangga Ketika PKP

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil maklum kemungkinan timbul isu yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga, termasuk penderaan kanak-kanak, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi kes membabitkan keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak, khususnya ketika tempoh PKP, orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau aplikasi WhatsApp di 019-261 5999.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan mengambil tindakan segera,” katanya pada sidang media harian berkaitan perkembangan PKP di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, bantuan dalam bentuk bakul makanan sepanjang tempoh PKP telah disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada sejumlah 225,871 isi rumah.

“Jumlah bantuan ini memberi manfaat kepada hampir sejuta rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, proses pengagihan bekalan makanan ini masih diteruskan oleh kerajaan dan mereka yang belum mendapat bantuan itu akan menerimanya dalam masa terdekat.


Katanya, bagi kawasan Sungai Lui yang diletak di bawah PKP Diperketatkan, sebanyak 1,000 bakul makanan telah dihantar kepada 750 keluarga.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM telah dipertanggungjawab untuk menguruskan penyediaan bantuan keperluan makanan kepada golongan memerlukan, khususnya mereka yang terhenti pendapatan harian dan berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, pengurusan pengagihan adalah berdasarkan pelbagai sumber aduan dan rujukan seperti aduan secara langsung individu kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, rujukan pemimpin masyarakat, aduan kepada Bilik Gerakan Negeri dan JKM serta Talian Kasih 15999.

Setiap permohonan akan disemak dan diperaku oleh JKM manakala proses pengagihan akan dilaksanakan dengan kerjasama RELA, Angkatan Pertahanan Awam dan pemimpin setempat.

Kategori