BILANGAN kes baharu bagi jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) mungkin boleh meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang selepas aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan, terutama ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk pengesanan di lokaliti yang terbabit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Katanya, selaras dengan tren penurunan kes jangkitan Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk tidak mengambil mudah serta merasa selesa dengan keberkesanan pengekangan jangkitan Covid-19 yang dicapai setakat ini.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Perjuangan kita masih berbaki dan pastinya masih belum tamat.
“Teruskan usaha membantu Kerajaan dalam memastikan rantaian jangkitan Covid-19 ini dapat diputuskan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan, terutama dalam tempoh dua minggu yang lalu. – myMetro Online