Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yakin Dan Percaya Kepada...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya...

Kerajaan Tanggung Makan, Minum...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menanggung perbelanjaan makanan semua pelajar institusi pengajian tinggi...

Bantuan: Mualaf Pilih FB,...

PETALING JAYA - Serik dengan prosedur untuk memohon bantuan yang didakwa rumit, seorang...

Iktibar Trilogi Pengeboman Bangkok-Manchester-Jakarta

Pada 15 Mei lalu, sekali lagi Bangkok dikejutkan dengan insiden pengeboman di Hospital...

Kes Positif Covid-19 Di Seremban Naik Mendadak

KUALA LUMPUR – Zon merah koronavirus (Covid-19) kekal 26 daerah dengan Seremban merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 41 jumlah kes positif, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 260 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 219 kes sehari sebelum itu.

Selain itu, daerah Hulu Langat turut mencatatkan tambahan kes positif iaitu 419 kes berbanding 388 kes, manakala kawasan Lembah Pantai meningkat daripada 496 kes kepada 515 kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,249 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Antara kawasan yang menghampiri zon merah adalah Muar (40 kes) dan Kulai (37 kes) di Johor, Dungun di Terengganu (37 kes), Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang (38 kes), Kota Kinabalu dan Lahad Datu di Sabah (39 kes).

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain di seluruh negara:

PERAK

Hilir Perak – 65

Kinta – 93

SELANGOR

Sepang – 66

Petaling – 346

Hulu Langat – 419

Gombak – 133

Klang – 164

Hulu Selangor – 45

KUALA LUMPUR

Cheras – 73

Kepong – 126

Lembah Pantai – 515

Titiwangsa – 116

Putrajaya – 54


NEGERI SEMBILAN

Seremban – 260

Rembau – 53

MELAKA

Jasin – 68

Melaka Tengah – 48

PAHANG

Kuantan – 80

Jerantut – 70

JOHOR

Batu Pahat – 51

Kluang – 201

Johor Bharu – 183

KELANTAN

Kota Bharu – 90

SARAWAK

Kuching – 227

Kota Samarahan – 49

SABAH

Tawau – 71

JUMLAH = 3,666

Kategori