Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri...

Pelarian Syria Jumpa Banyak...

SEORANG pemuda berstatus pelarian warga Syria di Jerman bertindak jujur dengan mengembalikan sejumlah wang...

Dollah Salleh Puji Aksi...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad...

CIA Lancar Kempen Cari...

AGENSI Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) melancarkan kempen mencari orang-orang yang fasih berbahasa...

“Kita Belum Menang, Tetapi Tak Kalah” – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – “Kita belum memenangi peperangan ini, namun kita juga tidak kalah.”

Tampil yakin untuk terus berjuang, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya tidak melihat peningkatan mendadak dalam kes positif COVID-19 di negara ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet dengan beberapa pilihan berkaitan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadual berakhir 14 April ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM memantau rapat peningkatan kes positif harian dan penyebaran di daerah.

“KKM bersandar kepada fakta dan sains, bukan bergantung kepada pendapat saya. Kita sedang merangka modul baharu dalam menjangkakan wabak ini.

“Laporan telah kita lihat tapi kita perlu sehari dua untuk menganalisis semua data. KKM akan keluarkan cadangan kepada Kabinet dan ada beberapa pilihan tetapi keputusan bergantung kepada Kabinet dan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media harian di sini.

Ditanya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor akan dilanjutkan, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya gembira dengan perkembangan terkini di kawasan itu.


Katanya, empat kes positif baharu dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan 134 kes direkodkan di lokasi terbabit.

“Bandar Baru Ibrahim Majid ada 137 kes dengan pertambahan empat kes.

“Pecahan ikut mukim di Ulu Benut sebanyak 151, Kluang (14), Macap (empat) dan satu kes di Nyior.

“Pelaksanaan PKPD di Simpang Renggam menggalakkan dan mencapai matlamat. Kita dapat hasil positif dalam melaksanakan PKPD di situ,” katanya. – BH Online

Kategori