Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Video: Cimpanzi Hisap Rokok...

SEBUAH video memaparkan seekor cimpanzi di dalam sebuah zoo merokok telah menerima kritikan...

Tabung Haji Lepas RM2.6...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah...

Usahawan Muda Malaysia Digesa...

KUALA LUMPUR - Usahawan muda Malaysia khususnya yang terlibat dalam perusahaan kecil dan...

Hidup Zul Bahagia, Nekad...

KONTROVERSI yang melanda pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin bagaikan terus berlanjutan waima dia...

KKM Ambil Tindakan Penjualan ‘Online’ Rokok Seludup

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penjualan rokok seludup secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilaporkan Harian Metro, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita (KKM) sebelum ini sudah menasihatkan orang ramai kalau boleh ambil peluang (tempoh PKP) untuk berhenti merokok.

“Tindakan seterusnya kita akan ambil untuk penjualan online (secara dalam talian) ini,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, penyeludup rokok kini dikesan mengambil kesempatan memasarkan rokok murah mereka dalam laman sesawang pemasaran sepanjang PKP dan membuat hantaran terus ke pintu rumah pelanggan sebaik membuat tempahan termasuk bayaran.


Ketika rokok semakin kehabisan stok di kedai-kedai runcit kerana larangan pergerakan industri yang bukan di dalam essential goods, rokok murah yang dijual dalam talian terpaksa menjadi pilihan.

Sumber berkata, disebabkan tiada kawalan, urus niaga jual beli rokok dalam talian semakin menjadi pilihan sindiket, peniaga bergerak secara individu, malah penggemar rokok murah yang diseludup masuk itu. – myMetro Online

Kategori